Ahad, 1 Jun 2008

KECUAIAN KITA HILANG SEGALANYA

Dalam beberapa hari ini, kita dikhabarkan dengan pelbagai berita tentang kecuaian dan kelemahan penguasaan dan kawalan dari kita sendiri. Bermula dengan isu-isu keluarga, masyarakat dan kini negara.

Isu keluarga boleh diambil dalam kes adik Sharlinie yang diculik sehingga kini gagal untuk menemuinya. Inilah kesan kecuaian kita sebagai ibubapa yang memandang enteng dalam mengawasi anak-anak kita sehingga akhirnya hilang dan tinggallah kita dengan air mata sepanjang hari.

Isu masyarakat pula bolehlah dilihat mengenai gejala dadah yang tidak kunjung padam sehingga kini. Walaupun pihak polis telah mencapai kejayaan dalam menumpaskan beberapa sindiket pengedaran dadah di negara ini tetapi kita masih kehilangan orang tersayang akibat kurangnya pengawasan seperti gadis-gadis Melayu diperdaya untuk ke luar negeri untuk menjadi pengedar dadah dan akhirnya merengkok di dalam penjara di luar negara. Kini perempuan OKU pula dipenjara di luar negara kerana disyaki mengedar dadah.

Sementara isu negara pula akibat kecuaian kita ialah kehilangan Pulau Batu Putih kepada Singapura. Inilah kesan jika kita kurang pengawasan dan kawalan akibat kecuaian dari pihak kita sendiri. Jangan pula kita kehilangan Pulau Pisang di Pontian, Johor.
Maka kita hendaklah mula sekarang sentiasa setiap masa berhati-hati dalam menjaga dan mengawasi segala hak milik kita supaya kita tidak berputih masa di masa akan datang.

Tiada ulasan: