Khamis, 5 Jun 2008

HARGA MINYAK NAIK LAGI

Harga petrol di negara ini dinaikkan sebanyak 78 sen seliter kepada RM2.70 seliter berkuat kuasa esok, 5 Jun 2008.
Ini merupakan kenaikan 40 peratus daripada harga RM1.92 seliter sekarang. Berdasarkan harga minyak mentah pada kadar AS$125 setong, kerajaan menganggarkan sejumlah RM13.7 bilion penjimatan dapat diperoleh daripada penstrukturan subsidi petrol, diesel dan gas serta pendapatan daripada levi yang dikenakan terhadap Penjana Tenaga Bebas (IPP) dan Pengeluar Minyak Kelapa Sawit (POP).
“Kerajaan akan memberi diskaun atau pengurangan kepada pengguna sebanyak 30 sen bagi setiap liter minyak yang dijual. Kalau harga pasaran petrol, misalnya seperti hari ini, pada RM3 seliter, kita akan tentukan harga minyak dengan memberi diskaun atau pengurangan 30 sen. Maknanya yang perlu dibayar oleh pengguna ialah RM2.70 seliter walaupun harga sebenar ialah RM3,” kata Abdullah.
Utusan Malaysia difahamkan, mengikut cadangan asal harga petrol sepatutnya RM3 seliter, tetapi mesyuarat Kabinet hari ini meminta kerajaan memberi diskaun 30 sen untuk setiap liter petrol yang dijual di negara ini.
Maknanya mulai hari ini kita kenalah berjimat cermat dalam segala hal. Kalau dulu kita sering keluar rumah samada pergi bercuti atau ke pasar dengan kenderaan, kita sekarang kena kurangkan perjalanan dan kurangkan pembelian yang tidak patut.
Janganlah kita asyik mengeluh dan merungut sahaja tetapi kita hendaklah bijak dalam perancangan semoga kenaikan ini tidak membebankan kita untuk masa depan.

Tiada ulasan: