Rabu, 11 Jun 2008

JUMLAH KAKITANGAN YANG TERLIBAT DENGAN DADAH

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Chor Chee Heung dalam kenyataannya sebelum ini berkata, seramai 146 warga Malaysia ditahan di luar negara selepas didapati terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah sejak tahun 2006 hingga Mac lalu.
  1. Hasil siasatan mendapati sebanyak 355 pil Ecstasy itu dipercayai diseludup masuk ke negara Thailand khusus untuk dijual kepada pelancong asing
  2. Cubaan menyeludup masuk dadah methamphetamine bernilai RM8.49 juta baru-baru ini.
  3. Membawa 9.4 kilogram methamphetamine dikenali sebagai syabu di Indonesia bagi pasaran negara berkenaan.
  4. Membina makmal dadah sama di Malaysia dan China.

Ini semua telah memberikan nama buruk kepada negara kita. Sindiket dadah tidak sahaja menumpukan perhatian pengedaran di dalam negara tetapi mula melangkau ke negara luar yang melibatkan ramai warganegara Malaysia.

Maka kita hendaklah juga berterusan mengukuhkan perpaduan dan kerjasama kita untuk membendung gejala yang tidak sihat ini.

Tiada ulasan: