“Apa yang saya nampak, mereka (peniaga Myanmar) gemar mengutip sayur-sayuran dari tong sampah sebelum dijual semula kepada orang ramai,” kata seorang peniaga tempatan yang hanya ingin dikenali sebagai Bakri, 41.
Malah, lebih memburukkan keadaan, kebanyakan pelanggan di kalangan penduduk tempatan yang tidak mengetahui taktik licik peniaga terbabit. Biasanya warga Myanmar terbabit mengutip sayuran terbuang di Pasar Borong Selayang itu seawal jam 3 pagi dan dilakukan secara berkumpulan untuk memudahkan operasi mereka.
“Sambutan daripada masyarakat tempatan amat menggalakkan kerana mereka biasanya mula menjalankan perniagaan selepas pasar ditutup,” katanya.
Sementara itu tinjauan Harian Metro di pasar berkenaan mendapati peniaga terbabit menggeledah sampah-sarap dilonggokkan dalam tong sampah bagi mencari sayuran yang boleh dijual.Selepas puas hati dengan hasil yang diperoleh, mereka kemudian membawa sayur-sayuran terbuang itu ke kawasan tersorok untuk dibersihkan sebelum dijual.
Maka kita yang tidak tahu tentang kegiatan mereka ini akan tertipu terus jika tidak dibongkar kegiatan warga Myanmar yang tidak bertanggungjawab ini. Sedangkan kita sentiasa bermurah hati untuk membantu rakyat Myanmar yang dilanda taufan Nangis sehingga memakan ribuan ratusan nyawa di negara mereka.
Jadi apakah ini balasan yang kita terima dari warga Myanmar di sini atas perbuatan baik kita membantu mereka. Oleh itu dari sekarang kita hendaklah membeli sayuran dan barang-barang lain dari penduduk tempatan kita sendiri. Jangan percaya kepada peniaga-peniaga ini samada mereka dari Myanmar, Indonesia ataupun Bangladesh. Utamakan Barangan Tempatan Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan