Sabtu, 7 Jun 2008

ADIK MENTERI PUN KENA

Di Kota Kinabalu, adik kepada seorang menteri yang dituduh mengedar dan memiliki dadah diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Hakim Datuk Ian H. C. Chin memutuskan demikian terhadap Mohd. Jusnaidi Omar, 36, yang beralamat di No 211, Blok 37, Seksyen 24, Shah Alam, Selangor atS dakwaan mengedar dadah ganja seberat 1,011.04 gram di Terminal Dua Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada pukul 10 pagi, 20 Mei 2007.
Dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.
Bagi tuduhan kedua, dia didakwa memiliki dadah jenis methaphetamine (syabu) seberat 23.98 gram di tempat dan pada waktu yang sama. Dia dituduh mengikut Seksyen 12(2) ADB yang dibaca bersama Seksyen 39A(1) akta sama dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(1) akta itu. Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara maksimum lima tahun dan 10 sebatan. Sesungguhnya dadah memberik kesan buruk kepada sesiapa yang terlibat dalam penyalahangunaan dadah.


Tidak kira siapa, perempuan ke, pemuda belasan tahun, orang OKU hatta adik orang kenamaan akan sentiasa diintai oleh sindiket dadah untuk kepentingan mereka dalam perniagaan dadah ini. Elakkannya kerana siapa yang terlibat sukar untuk melepaskan diri kecualilah mati.


Tiada ulasan: