Walaupun ramai pekedai yang menaikkan harga makanan kesan daripada kenaikan harga minyak, masih ada peniaga kedai yang masih mengekalkan harga makanan walaupun telah berniaga lama.
Inilah yang telah dilakukan oleh peniaga Kedai Makan RM2, iaitu Khalid Ahmad, 41 tahun yang berniaga di Kuala Kedah. Hidangan yang berisikan nasi putih bersama lauk seperti ikan, ayam, daging dan sayur-sayuran termasuklah minuman samada air sirap bandung, teh ais atau minuman panas hanya berharga RM2 sahaja.
"Saya tidak mahu mengambil kesempatan atas kenaikan harga barang dengan menaikkan harga makanan kerana mahu mengekalkan pelanggan setianya," Kata Khalid yang kedai makan miliknya terletak dekat jeti feri ke pulau penganginan Langkawi itu.
Maka ini satu pukulan kepada peniaga-peniaga lain yang suka-suka menaikkah harga makanan mereka terutama peniaga kantin sekolah. Memanglah mereka akan berkata, kenaikan harga ini terpaksa untuk membayar kos elektrik, cukai peniagaan dan membayar gaji pekerja tetapi janganlah tindakan mereka itu untuk mencekik darat pengguna.
Kita sebagai pengguna hendaklah menggunakan kuasa kita dengan memulau kedai-kedai atau penguasa perniagaan yang menaikkan harga. Kita adalah pengguna yang berkuasa dalam menentukan harga barangan yang kita inginkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan