Jumaat, 30 Mei 2008

KESALAN BERKAHWIN DENGAN PEMUDA INDO

Negara kita yang semakin meningkat maju bukan sahaja menawarkan banyak pekerjaan kepada penduduk tempatan tetapi juga kepada pekerja-pekerja luar seperti Indonesia dan Bangladesh. Kedatangan mereka kita alu-alukan kerana dapat membantu membangunkan negara.
Tetapi kini kehadiran mereka mula memberikan kesan buruk kepada masyarakat negara kita seperti kes-kes kecurian dan masalah pelacuran. Sekarang ini timbul pula kes-kes gadis-gadis Melayu lari meninggalkan keluarga mereka mengikut pemuda-pemuda Indonesia ini ke negara asal mereka.
Inilah yang terjadi kepada Nurul Wahida Hamzah atau Ida, 22 tahun yang lari mengikut kekasihnya, seorang buruh Indonesia dikenali sebagai M Yusup, 40-an ke Indonesia ketika berusia 17 tahun, sejurus menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Dia bernikah dengan lelaki itu di Dusun Menceh, Desa Gelanggang, Kecamatan Sakra Timur, Kabupaten Lombok Timur pada tahun 2005 dan melahirkan seorang anak tetapi meninggal dunia ketika berusia setahun
Kini Ida menyesal berkahwin dengan pemuda Indo dan berusaha untuk pulang ke Teluk Intan. Walaupun Ida telah selamat pulang ke pangkuan keluarganya di Teluk Intan tetapi apa yang berlaku kepada Ida tudak akan berlaku kepada gadis-gadis yang lain.
Oleh itu kepada gadis-gadis janganlah mudah jatuh cinta terutama kepada lelaki Indo atau Bangla kerana masa depan tidak akan terjamin kerana mereka datang ke sini pun di sebabkan kehidupan yang susah di tempat mereka. Berhati-hatilah.

Tiada ulasan: