Isnin, 9 Jun 2008

Kakitangan Awam Dilarang Kerja Sambilan?

Kementerian Sumber Manusia tidak bersetuju dengan cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) untuk membolehkan kakitangan kumpulan sokongan bekerja sambilan selepas waktu pejabat.
Timbalan Menterinya, Datuk Noraini Ahmad berkata, kakitangan awam tidak boleh melakukan kerja sambilan kerana ia telah terikat dengan perjanjian dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan dikhuatiri boleh mengganggu produktiviti mereka.
‘‘Jika kakitangan awam berterusan hendak melakukan kerja sambilan, mereka hendaklah berbincang dengan pihak JPA sendiri,’’ katanya.
Apakah kita ini bekerja berterusan seolah-olah robot bernyawa? Sedangkan kita mempunyai tanggungjawab dan peranan lain selain hanya kakitangan awam. Kita ada tanggungjawab kepada ibubapa kita dan keluarga kita.
Ini disebabkan kakitangan awam bagi kumpulan P1 T1 kini berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi berikutan kenaikan harga minyak dan tarif elektrik.
Kakitangan awam juga sedar yang kita bukannya menganggu pekerjaan kita kerana kita bekerja di luar waktu pejabat dan bukannya di pejabat. Apakah di laur waktu pekerjaan kitapun kerajaan nak kawal.
Oleh itu bertimbangrasalah kepada kakitangan awam yang berpendapatan rendah ini.

Tiada ulasan: