Baru-baru polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah terbesar jenis ketamin yang nilai di pasaran kira-kira RM1.2 juta berikutan tertangkapnya lima suspek dalam serbuan di premis negeri Sembilan.
5 lelaki telah ditahan di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori.
Modus operasi kumpulan ini ialah membawa masuk dadah melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan menggunakan perkhidmatan MasKARGO.
Walaupun pihak polis telah berjaya mencatat kejayaan dalam menumpaskan kemasukan dadah ke negara kita namun, masih gagal untuk menghapuskan terus penagihan dadah di kalangan anak-anak muda kita hari ini.
Kita hendaklah berkerjasama sentiasa dengan pihak berkuasa untuk terus menguburkan pengedaran dadah di dalam negara kita. Masyarakat perlu memainkan peranan untuk memberi pemantauan berterusan di kawasan tempat tinggal mereka dan melaporkan kepada pihak polis jika ada penagih dan pengedar dadah di tempat mereka.
Moga dengan ini dapat menyelamatkan anak-anak bangsa kita dari terjebak dengan Najis Dadah ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan