Ahad, 1 Jun 2008

MATI AKIBAT CINTA TIGA SEGI

Cinta itu buta. Itulah yang terjadi kepada Nora Jumaat, yang ditemui mati di sebuah hotel di bandar seremban. Cinta tiga segi telah membawa kematian Nora Jumaat akibat dijerut dengan tali.
Sementara teman lelakinya telah ditahan reman lima hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes bunuh itu.Lelaki berusia 21 tahun itu ditahan selepas datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Seremban untuk memaklumkan polis mengenai kes bunuh di bilik sebuah hotel di tengah bandar ini, kelmarin.
Persoalannya kini perlukah kita membunuh kekasih kita disebabkan kekasih kita ingin memutuskan hubungan dan menjalin cinta pula dengan lelaki lain. Amat malang jika kita mempunyai kekasih bersikap demikian tidak kiralah ia lelaki atau perempuan.
Putus cinta bukanlah penamat kehidupan kita, mungkin itu bukan jodoh kita. Cari lain kerana masih ramai lagi gadis di luar sana yang cantik, manis, menawan dan bertimbang rasa. Jangan seksa mereka kerana tidak cintakan kita.
Takziah untuk keluarga Nora Jumaat, moga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang disayangi oleh-Nya. Al-Fatihah.

Tiada ulasan: