Sabtu, 14 Jun 2008

BUKTIKAN HARGA MINYAK TIDAK NAIK LAGI

Minyak, minyak, minyak. Itulah isu penting di waktu kini. Serba hari rakyat membicarakan tentang harga minyak dan bagaimana mereka terpaksa mengurangkan perjalanan untuk menjimatkan minyak.
Kini kerajaan menjanjikan tidak akan menaikkan petrol dan diesel sehingga hujung tahun ini. Diharapkan apa yang diumumkan oleh kerajaan ini dapat mengurangkan beban rakyat negara kita.
Tetapi kerajaan hendaklah tahu bahawa biasanya di hujung tahun, rakyat iaitu ibubapa akan sibuk menguruskan persekolahan anak mereka untuk tahun 2009. Maka di waktu itu diharapkan kerajaan tidak menaikkan harga minyak untuk mengurangkan bebanan mereka.
Buktikan kata-kata kerajaan jangan menjadi seperti pembangkang tidak mahu menunaikan janji semasa pilihanraya yang ke-12 itu.
Buktikan bahawa kerajaan benar-benar memahami keperluan dan kesulitan rakyat masa kini.

Tiada ulasan: