Khamis, 19 Jun 2008

TAMBANG BAS NAIK LAGI?

Kerajaan akan memastikan sebarang keputusan berkaitan kadar tambang semua jenis bas adalah adil terhadap pengguna dan juga pengusaha syarikat bas.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar berkata, permintaan kenaikan tambang itu sebenarnya sudah diminta pengusaha pengangkutan awam sebelum kenaikan harga minyak baru-baru ini.

‘‘Kali terakhir kadar tambang dinaikkan adalah pada 2005. Mereka kata kenaikan perlu dibuat kerana peningkatan kos operasi.‘‘Kita tidak mahu syarikat bas tanggung kerugian. Pada masa sama, kita tidak mahu masyarakat susah dengan kenaikan tambang,” ujarnya.

Beliau diminta mengulas kenyataan timbalannya, Datuk Saifuddin Abdullah bahawa keputusan mengenai tambang bas ekoran permohonan kenaikan oleh pengusahanya akan diketahui dalam tempoh sebulan lagi.

Inilah masalahnya jika harga minyak terus meningkat tanpa usaha bekerjasama dalam menangani masalah ini. Apakah kita cuma berdiam diri atas alasan dari satu kelurga. Apakah tindakannya bukan saya yang menentukannya tetapi Allah sendiri.

Tiada ulasan: