Lazimnya pasport antarabangsa dicuri oleh pendatang asing tanpa izin yang memecah masuk rumah tetapi lain pula yang dialami oleh seorang peniaga, Saiful Bahrin Mohd, 35.
Mangsa cemas apabila pasport antarabangsanya dicuri oleh sekumpulan kera liar yang menceroboh masuk rumahnya di Kampung Jawa di sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari kelmarin.
"Salah seekor kera itu menyelongkar almari baju dan mencuri sebuah beg plastik yang mengandungi dokumen penting termasuk pasport sebelum lari ke atas bumbung rumah," kata mangsa ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.
Menurutnya, salah seorang anak lelakinya, Mohd. Azahari Irwan, 6, cuba mengejar kera tersebut dengan memanjat bumbung rumah dan mengacah-acah untuk mendapatkan kembali beg plastik berkenaan.
"Ketika itu saya bimbang juga kerana takut diapa-apakan oleh kumpulan kera liar itu tetapi alhamdulillah kerana beg plastik itu ditinggalkan begitu sahaja di atas bumbung dan anak saya berjaya mendapatkannya kembali," cerita Saiful.
Katanya, kumpulan 30 ekor kera itu kerap masuk ke rumah penduduk dengan mencuri makanan seperti nasi, Milo dan buah-buahan di dalam rumahnya.
"Kadang-kadang kami dah simpan dalam peti ais, tetapi dia (kera) bijak dan pandai pula buka pintu peti ais," katanya sambil meminta pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bertindak.
Bukan sahaja harta benda kita dicuri oleh manusia, binatang kini sudah pandai mahu mencuri walaupun benda yang dicuri itu tidak penting kepada mereka seperti monyet ini.
Mangsa cemas apabila pasport antarabangsanya dicuri oleh sekumpulan kera liar yang menceroboh masuk rumahnya di Kampung Jawa di sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari kelmarin.
"Salah seekor kera itu menyelongkar almari baju dan mencuri sebuah beg plastik yang mengandungi dokumen penting termasuk pasport sebelum lari ke atas bumbung rumah," kata mangsa ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.
Menurutnya, salah seorang anak lelakinya, Mohd. Azahari Irwan, 6, cuba mengejar kera tersebut dengan memanjat bumbung rumah dan mengacah-acah untuk mendapatkan kembali beg plastik berkenaan.
"Ketika itu saya bimbang juga kerana takut diapa-apakan oleh kumpulan kera liar itu tetapi alhamdulillah kerana beg plastik itu ditinggalkan begitu sahaja di atas bumbung dan anak saya berjaya mendapatkannya kembali," cerita Saiful.
Katanya, kumpulan 30 ekor kera itu kerap masuk ke rumah penduduk dengan mencuri makanan seperti nasi, Milo dan buah-buahan di dalam rumahnya.
"Kadang-kadang kami dah simpan dalam peti ais, tetapi dia (kera) bijak dan pandai pula buka pintu peti ais," katanya sambil meminta pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bertindak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan