Rabu, 2009 Jun 24

MUSNAHNYA KERAJAAN PERPADUAN

Ya itulah nasib yang menimpa gagasan Kerajaan Perpaduan yang telah diura-urakan oleh Presiden Pas, Hadi tu. Nampaknya taring Pas tidak menjadi kerana bukan sahaja dibantah oleh parti-parti dalam Pakatan Rakyat tetapi dibantah oleh pemimpin-pemimpin Pas sendiri.
Satu usaha yang baik untuk kebaikan negara dan rakyatnya dimusnahkan oleh pemimpin-pemimpin yang rakus dan gila kuasa. Kerana inginkan tempat dan kuasa di tangan tidak hilang, mereka sanggup membuang harapan rakyat yang selama ini inginkan kesejahteraan dan kedamaian di dalam bumi Malaysia ini.
Apakah ini yang diperjuangkan oleh Pas? Nampaknya jika keadaan tidak berubah maka selama-lamanya lah Pas akan menjadi kuda tunggangan PKR dan DAP. Jika Pas tidak mahu menurut kata, akan dirotan punggungnya (Kuda tunggangan) oleh PKR dan DAP untuk berjalan dalam perjuangan yang sama di antara mereka yang inginkan kuasa dan kedudukan di dalam Malaysia.
Apa yang jadi kepada rakyat jelata mereka tidak peduli, asalkan hasrat mereka untuk menguasai Malaysia dan mengaut kekayaan dapat dicapai. Tapi malangnya rakyat kita sebahagian besarnya masih mengagung-agung pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat ini dan tidak sedar mereka selama ini tertipu.
Oleh itu 'Lu fikirlah sendiri' agar bangsa Melayu tidak terus berpecah dan dipermainkan oleh kuam yang lain.

Selasa, 2009 Mei 12

TAHNIAH KEPADA NIZAR

Tahniah kepada Nizar kerana memenangi perbicaraan "Siapakah Menteri Besar Perak Yang Sah". Walaupun kemenangan Nizar itu diterima dengan perasaan bercampur-baur di kalangan parti BN dan khususnya UMNO ini membuktikan bahawa di bawah pemerintahan BN, keadilan masih diamalkan oleh BN.
Maka tidak patut bagi pihak pembangkang khususnya Pakatan Rakyat menuduh BN mengamalkan penindasan, kezaliman dan mengamalkan rasuah. Tapi adakah Pakatan Rakyat akan sedar akan keadilan dan tolak ansur BN? Tentu tidak, malah mereka akan mula memukul canang dan makin memburukkan keadaan dengan kemenangan Nizar ini.
Oleh itu, kita sebagai rakyat tidak kira samada menyokong BN atau Pakatan Rakyat mempunyai tanggungjawab bagi memerlihara keselamatan dan kedamaian negara ini. Janganlah kerana marahkan nyamuk, kelambu akan dibakar. Kita mesti kekalkan semangat ini dan sentiasa berwaspada kepada anasir yang merosakkan bangsa.
Kepada penyokong UMNO, janganlah kita bersedih kerana langit tidak selalunya kelam, cerah tidak semestinya selama-lamanya. Allah akan membantu kita. Insyaallah.

Ahad, 2008 Julai 27

TAHNIAH TINDAKAN TEGAS KERAJAAN BN

Tahniah kepada kerajaan BN kerana bertindak tegas dalam menangani kereta Mercedes kerajaan Terengganu apabila tindak membenarkan digunakan kereta-kereta itu untuk kegunaan pemimpin dan exco negeri Terengganu.
Sebagai rakyat, kita tidak mahu pemimpin-pemimpin yang dipilih oleh rakyat cuba menonjolkan kekayaan dan kedudukan mereka yang seolah-olah mahu mengosang arus sedangkan rakyat di bawah mereka mengikat perut kerana kemelesetan ekonomi akibat kenaikan harga minyak yang mendadak.
Jika kerajaan BN tidak bertindak dari sekarang maka perasaan tidak puas hati rakyat akan terus merebak dan kerajaan BN akan menerima nasib yang serupa pada pilihanraya yang lalu apabila rakyat memberi isyarat yang jelas.
Oleh itu semua pemimpin kerajaan hendaklah patuh kepada peraturan dan jangan hanya mahu menonjolkan kedudukan sendiri tanpa memikirkan kepentingan rakyat yang paling utama.

Isnin, 2008 Julai 21

NEGERI TERENGGANU MEMBAZIR WANG

Nampaknya kerana ingin menjaga imej, Menteri Besar, Datuk Ahmad Said membeli 14 kereta Mercedes E200 untuk kegunaan ahli Exconya. Walaupun demikian beliau menafikan pembelian 14 kereta Mercedes E200 Kompressor bernilai RM3.43 juta sebagai kenderaan rasmi baru anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri menggunakan wang royalti minyak.

Sambil mempertahankan pembelian kereta itu, beliau berkata, ia sudah lama dirancang bagi menggantikan penggunaan Proton Perdana V6 Executive bertujuan menjimatkan perbelanjaan tahunan.

‘‘Pembeliannya menggunakan peruntukan yang sudah disediakan sebelum ini. Ia tidak libatkan royalti minyak. Bagaimana hendak guna wang royalti minyak sedangkan kita belum menerimanya daripada Kerajaan Pusat?” katanya selepas tahlil sempena Hari Keputeraan Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin ke-46 di Istana Maziah di sini hari ini.

Ahmad berkata, kerajaan negeri terpaksa membuat pembelian tersebut ekoran kos penyenggaraan Proton Perdana terlalu tinggi kerana mudah rosak dan tidak tahan untuk perjalanan jauh.

Kita bukan mempertikaikan kenderaan untuk kegunaan rasmi Exco tetapi wang sebanyak itu boleh digunakan untuk membantu rakyat yang kini kesempitan kerana kenaikan harga minyak yang mendadak itu. Maka sedarlah wahai ahli berhormat, pemilihan anda bukan untuk duduk bersandar di kereta mercedes tetapi untuk berkhidmat untuk rakyat.

Khamis, 2008 Julai 17

KONTRAK SOSIAL MASIH DIPERTIKAIKAN

Majlis Peguam Malaysia baru-baru ini membidas kelantangan Utusan Malaysia yang telah mengkritik mereka di dalam isu kontrak sosial.

Nampaknya seolah-olah Majlis Peguam cuba menyekat kebebasan akhbar yang kononnya mereka perjuangkan. Jika Utusan Malaysia tidak berbuat demikian, maka rakyat akan mudah terpengaruh dan memungkinkan orang Melayu dinafikan hikmat kontrak sosial itu.

Sepatutnya Majlis Peguam menumpukan perhatian mereka kepada isu-isu mahkamah seperti kes-kes yang banyak tertunggak daripada membicarakan kontrak sosial yang kini telah membuktikan hasilnya yang cemerlang dalam membantu kemajuan dan pembangunan negara untuk semua kaum di Malaysia.

Maka diharapkan di masa depan kontrak sosial ini tidak dijadikan isu kerana ia boleh menghiris perasaan orang Melayu yang kini pun sudah lama terhiris.

Selasa, 2008 Julai 15

KECEWA PKR BERDAMPING DENGAN DAP

Tindakan PKR bersekonkong dengan DAP untuk mencabar kepimpinan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi amat mengecewakan. PKR yang mengemukakan supaya Perdana Menteri Pak Lah hilang kredibiliti sebagai Perdana Menteri, cuba mengenepikan sokongan sebahagian besar rakyat Malaysia terhadap Pak Lah.
Inilah bukti bahawa PKR akan bertindak tidak kira apa kesannya kepada bangsa Malaysia khususnya kepada kaum Melayu semata-mata untuk menjayakan agendanya untuk Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia yang baru.
Buktikan dulu bahawa Anwar Ibrahim menerima sokongan besar rakyat Malaysia dalam pilihanraya akan datang, bukannya mencuri dan membeli wakil rakyat Barisan Nasional.
Berhati-hatilah dengan tindakan PKR ini. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Selasa, 2008 Julai 08

KUMPULAN UNDERGROUND MEROSAKKAN BANGSA

Kumpulan underground iaitu Carburetor Dung telah merosakkan muzik kumpulan underground yang lain lantaran tindakan tidak bersopan vokalis kumpulan itu yang telah melodehkan seluarnya dan menalakannya kepada penonton.
Akibat tindakannya yang keterlaluan itu, Alak vokalis telah dibelasah oleh penyokong pemimpin pembangkang kerana menyanyikan lagu "Mari Nyanyi Menjilat" di satu persembahan sempena Protes Sejuta Rakyat di Stadium Kelana Jaya, Petaling Jaya pada 6 Julai 2008.
Memang patutlah Alak dibelasah oleh penyokong Parti Keadilan kerana ia melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disayangi oleh penyokong-penyokong ini.
Maka diharapkan kejadian ini tidak berulang lagi dan penyokong-penyokong pembangkang hendaklah berkerjasama dengan parti yang memerintah demi kemakmuran dan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia.