Ahad, 22 Jun 2008
SAPP TIADA SEMANGAT BN
Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak, berkata setiap ahli dalam parti komponen BN tidak boleh membuat sesuatu yang bertentangan dengan kepentingan parti itu.
“Kalau dua wakil rakyat itu teruskan tindakan (kemuka usul undi tidak percaya) dalam Parlimen, itu adalah pelanggaran pada disiplin dan tindakan akan dikenakan terhadap mereka.
Kini terpulang kepada BN untuk mengambil tindakan kepada SAPP dan dua wakil rakyatnya yang mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri. Jika SAPP telah hilang keyakinan maka apakah perlu mereka terus berada di dalam parti gabungan BN?
Diandaikan SAPP umpama penyakit di badan kita, jika penyakit itu tidak dibuang maka ia akan merebak ke tubuh badan yang lain. Sebelum ia menjadi besar dan bahaya maka SAPP perlu disingkirkan dari BN supaya tidak mempengaruhi parti-parti BN yang lain yang akan menyusahkan BN di masa hadapan.
Khamis, 19 Jun 2008
TAMBANG BAS NAIK LAGI?
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar berkata, permintaan kenaikan tambang itu sebenarnya sudah diminta pengusaha pengangkutan awam sebelum kenaikan harga minyak baru-baru ini.
‘‘Kali terakhir kadar tambang dinaikkan adalah pada 2005. Mereka kata kenaikan perlu dibuat kerana peningkatan kos operasi.‘‘Kita tidak mahu syarikat bas tanggung kerugian. Pada masa sama, kita tidak mahu masyarakat susah dengan kenaikan tambang,” ujarnya.
Beliau diminta mengulas kenyataan timbalannya, Datuk Saifuddin Abdullah bahawa keputusan mengenai tambang bas ekoran permohonan kenaikan oleh pengusahanya akan diketahui dalam tempoh sebulan lagi.
Inilah masalahnya jika harga minyak terus meningkat tanpa usaha bekerjasama dalam menangani masalah ini. Apakah kita cuma berdiam diri atas alasan dari satu kelurga. Apakah tindakannya bukan saya yang menentukannya tetapi Allah sendiri.
Ahad, 15 Jun 2008
KERA SELONGKAR ALMARI CURI PASPORT
Mangsa cemas apabila pasport antarabangsanya dicuri oleh sekumpulan kera liar yang menceroboh masuk rumahnya di Kampung Jawa di sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari kelmarin.
"Salah seekor kera itu menyelongkar almari baju dan mencuri sebuah beg plastik yang mengandungi dokumen penting termasuk pasport sebelum lari ke atas bumbung rumah," kata mangsa ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.
Menurutnya, salah seorang anak lelakinya, Mohd. Azahari Irwan, 6, cuba mengejar kera tersebut dengan memanjat bumbung rumah dan mengacah-acah untuk mendapatkan kembali beg plastik berkenaan.
"Ketika itu saya bimbang juga kerana takut diapa-apakan oleh kumpulan kera liar itu tetapi alhamdulillah kerana beg plastik itu ditinggalkan begitu sahaja di atas bumbung dan anak saya berjaya mendapatkannya kembali," cerita Saiful.
Katanya, kumpulan 30 ekor kera itu kerap masuk ke rumah penduduk dengan mencuri makanan seperti nasi, Milo dan buah-buahan di dalam rumahnya.
"Kadang-kadang kami dah simpan dalam peti ais, tetapi dia (kera) bijak dan pandai pula buka pintu peti ais," katanya sambil meminta pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bertindak.
Sabtu, 14 Jun 2008
BUKTIKAN HARGA MINYAK TIDAK NAIK LAGI
Khamis, 12 Jun 2008
RM2 UNTUK SEMUA MAKANAN DAN MINUMAN
Rabu, 11 Jun 2008
JUMLAH KAKITANGAN YANG TERLIBAT DENGAN DADAH
- Hasil siasatan mendapati sebanyak 355 pil Ecstasy itu dipercayai diseludup masuk ke negara Thailand khusus untuk dijual kepada pelancong asing
- Cubaan menyeludup masuk dadah methamphetamine bernilai RM8.49 juta baru-baru ini.
- Membawa 9.4 kilogram methamphetamine dikenali sebagai syabu di Indonesia bagi pasaran negara berkenaan.
- Membina makmal dadah sama di Malaysia dan China.
Ini semua telah memberikan nama buruk kepada negara kita. Sindiket dadah tidak sahaja menumpukan perhatian pengedaran di dalam negara tetapi mula melangkau ke negara luar yang melibatkan ramai warganegara Malaysia.
Maka kita hendaklah juga berterusan mengukuhkan perpaduan dan kerjasama kita untuk membendung gejala yang tidak sihat ini.
Isnin, 9 Jun 2008
Kakitangan Awam Dilarang Kerja Sambilan?
Timbalan Menterinya, Datuk Noraini Ahmad berkata, kakitangan awam tidak boleh melakukan kerja sambilan kerana ia telah terikat dengan perjanjian dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan dikhuatiri boleh mengganggu produktiviti mereka.
‘‘Jika kakitangan awam berterusan hendak melakukan kerja sambilan, mereka hendaklah berbincang dengan pihak JPA sendiri,’’ katanya.
Sabtu, 7 Jun 2008
ADIK MENTERI PUN KENA
Di Kota Kinabalu, adik kepada seorang menteri yang dituduh mengedar dan memiliki dadah diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Hakim Datuk Ian H. C. Chin memutuskan demikian terhadap Mohd. Jusnaidi Omar, 36, yang beralamat di No 211, Blok 37, Seksyen 24, Shah Alam, Selangor atS dakwaan mengedar dadah ganja seberat 1,011.04 gram di Terminal Dua Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada pukul 10 pagi, 20 Mei 2007.
Dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.
Bagi tuduhan kedua, dia didakwa memiliki dadah jenis methaphetamine (syabu) seberat 23.98 gram di tempat dan pada waktu yang sama. Dia dituduh mengikut Seksyen 12(2) ADB yang dibaca bersama Seksyen 39A(1) akta sama dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(1) akta itu. Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara maksimum lima tahun dan 10 sebatan. Sesungguhnya dadah memberik kesan buruk kepada sesiapa yang terlibat dalam penyalahangunaan dadah.
Tidak kira siapa, perempuan ke, pemuda belasan tahun, orang OKU hatta adik orang kenamaan akan sentiasa diintai oleh sindiket dadah untuk kepentingan mereka dalam perniagaan dadah ini. Elakkannya kerana siapa yang terlibat sukar untuk melepaskan diri kecualilah mati.
Khamis, 5 Jun 2008
HARGA MINYAK NAIK LAGI
Ini merupakan kenaikan 40 peratus daripada harga RM1.92 seliter sekarang. Berdasarkan harga minyak mentah pada kadar AS$125 setong, kerajaan menganggarkan sejumlah RM13.7 bilion penjimatan dapat diperoleh daripada penstrukturan subsidi petrol, diesel dan gas serta pendapatan daripada levi yang dikenakan terhadap Penjana Tenaga Bebas (IPP) dan Pengeluar Minyak Kelapa Sawit (POP).
“Kerajaan akan memberi diskaun atau pengurangan kepada pengguna sebanyak 30 sen bagi setiap liter minyak yang dijual. Kalau harga pasaran petrol, misalnya seperti hari ini, pada RM3 seliter, kita akan tentukan harga minyak dengan memberi diskaun atau pengurangan 30 sen. Maknanya yang perlu dibayar oleh pengguna ialah RM2.70 seliter walaupun harga sebenar ialah RM3,” kata Abdullah.
Rabu, 4 Jun 2008
BILA SELUDUP DADAH AKAN BERAKHIR?
Isnin, 2 Jun 2008
BERHATI-HATI DENGAN PENIAGA ASING
Ahad, 1 Jun 2008
MATI AKIBAT CINTA TIGA SEGI
Sementara teman lelakinya telah ditahan reman lima hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes bunuh itu.Lelaki berusia 21 tahun itu ditahan selepas datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Seremban untuk memaklumkan polis mengenai kes bunuh di bilik sebuah hotel di tengah bandar ini, kelmarin.
Persoalannya kini perlukah kita membunuh kekasih kita disebabkan kekasih kita ingin memutuskan hubungan dan menjalin cinta pula dengan lelaki lain. Amat malang jika kita mempunyai kekasih bersikap demikian tidak kiralah ia lelaki atau perempuan.
Putus cinta bukanlah penamat kehidupan kita, mungkin itu bukan jodoh kita. Cari lain kerana masih ramai lagi gadis di luar sana yang cantik, manis, menawan dan bertimbang rasa. Jangan seksa mereka kerana tidak cintakan kita.
Takziah untuk keluarga Nora Jumaat, moga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang disayangi oleh-Nya. Al-Fatihah.