Khamis, 29 Mei 2008

MINYAK UTAMAKAN RAKYAT KITA

Harga minyak yang semakin meningkat ini benar-benar telah menghempit kehidupan masyarakat Malaysia terutamanya mereka yang berpendapatan rendah. Jika dulu perjalanan jauh boleh mengisi hanya sekali minyak kini kita terpaksa mengisi dua kali untuk perjalanan yang jauh.
Maka sekarang kerajaan menghadkan dan melarang pembeli minyak dari kenderaan luar negara seperti Singapura dan Thailand di seluruh negara. Amat setujulah dasar kerajaan ini kita sokong kerana telah sekian lama kenderaan negara luar membeli minyak di negara kita disebabkan kalau beli minyak di negara mereka sendiri harganya terlalu mahal jika dibandingkan dengan negara kita.
Janganlah kita dikatakan nanti "Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan". Oleh itu kepentingan rakyat di negara sendiri perlu diutamakan dengan memberikan subsidi kepada rakyat yang berpendapatan rendah.
Kerajaan yang mengambil berat terhadap kebajikan rakyat akan disokong dan di pertahankan.

Tiada ulasan: