Khamis, 30 Julai 2009

NIK ULAMA POLITIK

Nampaknya Nik ni sudah menonjolkan sikap peribadinya yang kononnya adalah ulama Islam. Apakah pengajaran ini yang dibawa oleh ulama besar kita, Nabi Muhammad S.A.W.? Sedangkan Nabi kita mengajar kita supaya mengeratkan persaudaraan sesama Islam, bercakap dengan baik dan memperbanyakkan kebaikan di muka bumi ini.
Janganlah hanya kerana pangkat dan harta, kita menjadi takbur, sombong dan bongkak kepada orang lain yang tidak sependapat dengan kita.
Insaflah kepada mereka yang taksub dengan keperibadian luaran yang ditunjukkan oleh mereka yang bertopengkan agama supaya bermunasabahkan diri dan bertakwa kepada Allah. Moga Allah akan menunjuk kita ke jalan yang benar yang diredhainya.
Kepada mereka yang masih bersikap buruk itu, tunggulah pembalasan Allah kelak.