Selasa, 12 Mei 2009

TAHNIAH KEPADA NIZAR

Tahniah kepada Nizar kerana memenangi perbicaraan "Siapakah Menteri Besar Perak Yang Sah". Walaupun kemenangan Nizar itu diterima dengan perasaan bercampur-baur di kalangan parti BN dan khususnya UMNO ini membuktikan bahawa di bawah pemerintahan BN, keadilan masih diamalkan oleh BN.
Maka tidak patut bagi pihak pembangkang khususnya Pakatan Rakyat menuduh BN mengamalkan penindasan, kezaliman dan mengamalkan rasuah. Tapi adakah Pakatan Rakyat akan sedar akan keadilan dan tolak ansur BN? Tentu tidak, malah mereka akan mula memukul canang dan makin memburukkan keadaan dengan kemenangan Nizar ini.
Oleh itu, kita sebagai rakyat tidak kira samada menyokong BN atau Pakatan Rakyat mempunyai tanggungjawab bagi memerlihara keselamatan dan kedamaian negara ini. Janganlah kerana marahkan nyamuk, kelambu akan dibakar. Kita mesti kekalkan semangat ini dan sentiasa berwaspada kepada anasir yang merosakkan bangsa.
Kepada penyokong UMNO, janganlah kita bersedih kerana langit tidak selalunya kelam, cerah tidak semestinya selama-lamanya. Allah akan membantu kita. Insyaallah.